Monday, August 18, 2008

HARI AL-QUDS 2008

Program Bebaskan Al Quds & Masjidil Aqsa
sempena Naqbah 60 Tahun Kewujudan Negara Haram Israel

Tema "Al-Quds: Tanggungjawab Kamu!"

Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor & Jabatan Agama Islam Selangor, dengan kerjasama Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) & Muslim Care Society Malaysia (MUSLIMCARE) . Aktiviti yang dijalankan adalah program tahunan yang telah beberapa kali dijalankan sepanjang Bulan Sya'ban dan Ramadhan, dan bersempena tahun 2008 ini yang merupakan Tahun Ke-60 Naqbah (penderitaan) Ummat Palestin yang telah dijajah pada 16-Mei-1948 oleh Zionist Yahudi, ianya dijalankan denagn kerjasama beberapa agensi kerajaan.

Bermula tarikh itu jugalah bermakna jihad Ummat Islam untuk membebaskan Masjidil Aqsa dan Kota Suci Al-Quds bermula, dan kita sebagai Ummat Islam seluruh dunia adalah berWAJIB untuk bersama melaksanakannya, dengan kemamupuan yang ada pada kita.

Tanggal tarikh 21-Ogos ini juga bermakna genaplah 30 tahun pula usaha pelampau Zionist Yahudi di dalam usaha mereka memperkosa Masjidil Aqsa dalam cubaan mereka untuk memusnahkan Qiblat Pertama dan Masjid Suci Ke-3 Ummat Islam. Usaha ini akan mereka teruskan sehinggalah tapak Kota Suci tersebut berjaya mereka robohkan dan membina Haykal (tempat sembahyang) Kaum Yahudi di atas tapak Masjid tersebut.

Alhamdulillah untuk tahun 2008 ini, Kerajaan Negeri Selangor & JAIS bersetuju untuk menjadikan program ini sebagai program rasmi demi untuk (1) Memberi kesedaran kepada Ummat Islam (2) Mengumpulkan Dana untuk diserahkan secara 100% kepada perjuangan Ummat Islam di Negara Palestine membebaskan negara mereka.

Antara aktiviti yang akan dijalankan (yang telah confirmed) untuk tahun ini adalah;

1) Majlis Pelancaran Hari Al-Quds & Forum Perdana
Tarikh / Masa : Jumaat 22/8, 8pm
Lokasi : Stadium Bangi
Perasmian : Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Negeri Selangor
Ahli Panel : Dato' Harun Din, Dato' Ismail Kamus, Dato' Hasim Yahya
Moderator : Dato' Dr Hasan Ali
Tajuk : Al-Quds, Antara Cabaran & Harapan

2) Forum Khas Naqbah 60 Tahun Palestine & Persembahan Artist & Multimedia Bebaskan Al-Aqsa
Tarikh / Masa : Sabtu 23/8, 8pm
Lokasi : Dataran Shah Alam
Ahli Panel : Tuan Haji Mohamad Sabu, Dr Azhar Yaakob, dan Wakkil Hamas
Moderator : Ustaz Mohd Nazmi Karim

Lain-lain program kecil;

3) Ceramah Khas Al-Quds - Tanggungjawab Kamu (Dalam Program Golongan POP, Masjid Negeri Shah Alam)
Tarikh / Masa : Khamis 21/8, 9am
Lokasi : Masjid Negeri Shah Alam, Dewan Kulliyyah
Kehadiran : Persatuan POP dan Rakyat Umum
Tajuk : Al-Quds, Antara Cabaran & Harapan

4) Khutbah Jumaat Khas Al-Quds, Tanggungjawab Kamu
Tarikh / Masa : Jumaat 22/8
Lokasi : Seluruh Masjid di Negeri Selangor

5) Kutipan Derma pada Hari Jumaat 22/8
Tarikh / Masa : Jumaat 22/8
Lokasi : Seluruh Masjid di Negeri Selangor

6) Pameran Al-Quds
Tarikh / Masa : 21/8 ~ 24/8, 10am ~ 8pm
Lokasi : Kompleks PKNS, Masjid Negeri, Dataran Shah Alam, Stadium Bangi

7) Dialog Khas "Palestine" di Gereja Divine Mercy Shah Alam
Tarikh / Masa : Sabtu 23/8, 8pm
Lokasi : Gereja Divine Mercy, Glenmarie, Shah Alam
Ahli Panel : YB Tuan Haji Khalid Samad, Dr Muhyiddin Kadir, Wakil Paderi Gereja Divine Mercy
Kehadiran : Tertutup, khas untuk ahli persatuan Gereja Divine Mercy.


Seluruh Ummat Islam dijemput hadir ke program-program yang tersebut di atas. Tolong panjang-panjangkan makluman ini kepada seluruh kenalan dan taulan. Siri program ini akan berterusan sehinggalah pertengahan Ramadhan 2008 bersama tetamu khas Syeikh Dr Muhammad Mahmud Siyam, bekas Khatib Masjidil Aqsa & bekas Rektor University Ghaza, Pelstine.

Ingatlah, tanggungjawab membebaskan Masjidil Aqsa & Kota Suci Al Quds adalah tanggungjawab kamu & kita bersama. Hitungkan apa yang telah kita laksanakan demi menunaikan amanah tersebut!

Jzklh. / Al Quds, Al Aqsa - Tanggungjawab bersama...!

*Sumber daripada email: exhiuiam@yahoogroups.com, assayuti@gmail.com

Monday, August 11, 2008

Lanjutan pertemuan pertama Skuad Elit Briged Amal pada 6 Ogos 2008 yang lalu di Dewan Org Ramai Kg. Klang Gate, YB saari Sungib akan mengadakan pertemuan kedua skuad tersebut yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 13 ogos 2008 (Rabu)
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Dewan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak (Pej. YB Azmin Ali)

Ahli Skuad Elit yang menerima sms diharap dapat hadir ke pertemuan tersebut.

Thursday, August 7, 2008

Amal FC Johan Piala ADUN Hulu Kelang


KUALA AMPANG - Tahniah kepada Amal FC Johan Piala ADUN Hulu Kelang, Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah yang telah diadakan pada Ahad 3 Ogos 2008 di padang UKRC, Kuala Ampang. 16 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang diadakan buat pertama kali ini. Kejohanan ini dianjurkan bersama oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang, Briged Amal, Pemuda PAS Gombak dan Angkatan Muda Keadilan Gombak.
Pasukan Amal FC memenangi kejohanan ini apabila menewaskan Chistiwalla AU3 2-1 di perlawanan akhir. Hadiah disampaikan oleh YB Saari Sungib ADUN Hulu Kelang merangkap Penaung Briged Amal. Turut serta Sdr Lim Ying, Ketua Kampung Kuala Ampang (dua dari kanan).

Wednesday, August 6, 2008

AHLI JAWATANKUASA PENAJA BRIGED AMAL 2008

PENAUNG : YB AZMIN ALI
PENAUNG : YB SAARI SUNGIB
PENAUNG : YB DR HATTA RAMLI

PENASIHAT 1 : MUSLIM B ISMAIL
PENASIHAT 3 : A.YAZID ALIAS
PENGARAH : MOHD RASDI MOHD YIDIN


TIMB PENGARAH : A'MRAN MOHAMED
TIMB PENGARAH 2 : JAFRIEN BIN MUHAMMAD

TIMB PENGARAH 3 : UMMU AYMAN ABD LATIFF

SETIAUSAHA : MUHAMMAD HANAFI MASRI

PEN SETIAUSAHA : AAFIFUDIN MOHD AZHAR
BENDAHARI : WAN TARMIZY WAN HAMZAH


UNIT KEWANGAN : WAN TARMIZY WAN HAMZAH
UNIT LATIHAN DAN PEMBANGUNAN : ZULKEFLI NAYAN
UNIT PENERANGAN : MOHD HABIBULLAH ABDULLAH
UNIT PERHUBUNGAN : A'MRAN MOHAMED
UNIT DATA & AHLI : MUHAMMAD HANAFI MASRI
UNIT SUKAN : ABDUL HALIM BIN ABDULLAH
UNIT TUGAS KHAS : ABD KARIM BIN HUSSIN
UNIT WANITA : NORHAYATI BTE NAWAWI
UNIT KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN : NASREEL NURRIDHUWAR A.KHALIB

AJK

MUZAFFAR
RUSLAN ISMAIL
SUHAIMI MAD TAHIR
WAN KAMARUZZAMAN WAN NORDIN
ABDUL KHALIQ IZAQ BIN CHE OM
MARDHIYA BT A.YAZID

KETUA ZON 1 : WAN KAMARUZZAMAN WAN NORDIN
KETUA ZON 2 : KAMARUL
KETUA ZON 3 : A'MRAN MOHAMED

Nota :
Zon 1 (Taman Melawati, Klang Gate, Kemensah, Taman Ukay Prima, Permata, Lembah Keramat au5).

Zon 2 ( Ukay Perdana, Zoo View, Kg. Pasir, Tmn Ukay Bistari, Taman Al-Ridhuan, Kg. Sg Sering)

Zon 3 ( Taman Seri Keramat AU4, Taman Desa Keramat AU3, AU2, AU1, Kuala Ampang, Bukit Baru, Keramat Hujung)


Aktiviti Briged Amal
Riadah - berjogging di Bukit Melawati pada 10 Mei 2008


Bersama YB Nurul Izzah Anwar semasa program ceramah di Taman Melawati pada 15 April 2008.



Gotong royong cegah denggi di Taman Melawati Fasa 6 pada 4 Mei 2008




Mendengar taklimat semasa program Meraikan Ibu tunggal sempena Hari Ibu pada 11 Mei 2008 di Dewan Serbaguna AU2.

Tuesday, August 5, 2008

Salam Amal...

Latar belakang
Kepelbagaian aktiviti dan aduan yang perlu diuruskan oleh ADUN Hulu Kelang dan Ahli Parlimen Gombak melalui Pusat Khidmat Masyrakat yang ditubuhkan memerlukan sokongan ahli masyarakat untuk memastikan ia dapat berfungsi dengan baik.

Justeru, Briged Amal, sebuah organisasi yang bersifat kemasyarakatan dan sukarelawan ditubuhkan bagi membantu ADUN dan Ahli Parlimen bagi merealisasikan aspirasi dan agenda Mesra Berkebajikan.

Visi
Membentuk masyarakat yang prihatin, mesra dan berkebajikan.

Misi
Menyokong program kebajikan dan kemasyarakatan ADUN Hulu Kelang dan Ahli Parlimen Gombak.

Menjadi saluran rakyat menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan.

Keahlian
Terbuka kepada semua peringkat umur, agama, bangsa, kaum, fahaman politik dan gender. Keahlian adalah PERCUMA.