Thursday, August 7, 2008

Amal FC Johan Piala ADUN Hulu Kelang


KUALA AMPANG - Tahniah kepada Amal FC Johan Piala ADUN Hulu Kelang, Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah yang telah diadakan pada Ahad 3 Ogos 2008 di padang UKRC, Kuala Ampang. 16 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang diadakan buat pertama kali ini. Kejohanan ini dianjurkan bersama oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang, Briged Amal, Pemuda PAS Gombak dan Angkatan Muda Keadilan Gombak.
Pasukan Amal FC memenangi kejohanan ini apabila menewaskan Chistiwalla AU3 2-1 di perlawanan akhir. Hadiah disampaikan oleh YB Saari Sungib ADUN Hulu Kelang merangkap Penaung Briged Amal. Turut serta Sdr Lim Ying, Ketua Kampung Kuala Ampang (dua dari kanan).

No comments: