HARI AL-QUDS 2008
Program Bebaskan Al Quds & Masjidil Aqsa
sempena Naqbah 60 Tahun Kewujudan Negara Haram Israel
Tema "Al-Quds: Tanggungjawab Kamu!"
Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor & Jabatan Agama Islam Selangor, dengan kerjasama Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) & Muslim Care Society Malaysia (MUSLIMCARE) . Aktiviti yang dijalankan adalah program tahunan yang telah beberapa kali dijalankan sepanjang Bulan Sya'ban dan Ramadhan, dan bersempena tahun 2008 ini yang merupakan Tahun Ke-60 Naqbah (penderitaan) Ummat Palestin yang telah dijajah pada 16-Mei-1948 oleh Zionist Yahudi, ianya dijalankan denagn kerjasama beberapa agensi kerajaan.
Bermula tarikh itu jugalah bermakna jihad Ummat Islam untuk membebaskan Masjidil Aqsa dan Kota Suci Al-Quds bermula, dan kita sebagai Ummat Islam seluruh dunia adalah berWAJIB untuk bersama melaksanakannya, dengan kemamupuan yang ada pada kita.
Tanggal tarikh 21-Ogos ini juga bermakna genaplah 30 tahun pula usaha pelampau Zionist Yahudi di dalam usaha mereka memperkosa Masjidil Aqsa dalam cubaan mereka untuk memusnahkan Qiblat Pertama dan Masjid Suci Ke-3 Ummat Islam. Usaha ini akan mereka teruskan sehinggalah tapak Kota Suci tersebut berjaya mereka robohkan dan membina Haykal (tempat sembahyang) Kaum Yahudi di atas tapak Masjid tersebut.
Alhamdulillah untuk tahun 2008 ini, Kerajaan Negeri Selangor & JAIS bersetuju untuk menjadikan program ini sebagai program rasmi demi untuk (1) Memberi kesedaran kepada Ummat Islam (2) Mengumpulkan Dana untuk diserahkan secara 100% kepada perjuangan Ummat Islam di Negara Palestine membebaskan negara mereka.
Antara aktiviti yang akan dijalankan (yang telah confirmed) untuk tahun ini adalah;
1) Majlis Pelancaran Hari Al-Quds & Forum Perdana
Tarikh / Masa : Jumaat 22/8, 8pm
Lokasi : Stadium Bangi
Perasmian : Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Negeri Selangor
Ahli Panel : Dato' Harun Din, Dato' Ismail Kamus, Dato' Hasim Yahya
Moderator : Dato' Dr Hasan Ali
Tajuk : Al-Quds, Antara Cabaran & Harapan
2) Forum Khas Naqbah 60 Tahun Palestine & Persembahan Artist & Multimedia Bebaskan Al-Aqsa
Tarikh / Masa : Sabtu 23/8, 8pm
Lokasi : Dataran Shah Alam
Ahli Panel : Tuan Haji Mohamad Sabu, Dr Azhar Yaakob, dan Wakkil Hamas
Moderator : Ustaz Mohd Nazmi Karim
Lain-lain program kecil;
3) Ceramah Khas Al-Quds - Tanggungjawab Kamu (Dalam Program Golongan POP, Masjid Negeri Shah Alam)
Tarikh / Masa : Khamis 21/8, 9am
Lokasi : Masjid Negeri Shah Alam, Dewan Kulliyyah
Kehadiran : Persatuan POP dan Rakyat Umum
Tajuk : Al-Quds, Antara Cabaran & Harapan
4) Khutbah Jumaat Khas Al-Quds, Tanggungjawab Kamu
Tarikh / Masa : Jumaat 22/8
Lokasi : Seluruh Masjid di Negeri Selangor
5) Kutipan Derma pada Hari Jumaat 22/8
Tarikh / Masa : Jumaat 22/8
Lokasi : Seluruh Masjid di Negeri Selangor
6) Pameran Al-Quds
Tarikh / Masa : 21/8 ~ 24/8, 10am ~ 8pm
Lokasi : Kompleks PKNS, Masjid Negeri, Dataran Shah Alam, Stadium Bangi
7) Dialog Khas "Palestine" di Gereja Divine Mercy Shah Alam
Tarikh / Masa : Sabtu 23/8, 8pm
Lokasi : Gereja Divine Mercy, Glenmarie, Shah Alam
Ahli Panel : YB Tuan Haji Khalid Samad, Dr Muhyiddin Kadir, Wakil Paderi Gereja Divine Mercy
Kehadiran : Tertutup, khas untuk ahli persatuan Gereja Divine Mercy.
Seluruh Ummat Islam dijemput hadir ke program-program yang tersebut di atas. Tolong panjang-panjangkan makluman ini kepada seluruh kenalan dan taulan. Siri program ini akan berterusan sehinggalah pertengahan Ramadhan 2008 bersama tetamu khas Syeikh Dr Muhammad Mahmud Siyam, bekas Khatib Masjidil Aqsa & bekas Rektor University Ghaza, Pelstine.
Ingatlah, tanggungjawab membebaskan Masjidil Aqsa & Kota Suci Al Quds adalah tanggungjawab kamu & kita bersama. Hitungkan apa yang telah kita laksanakan demi menunaikan amanah tersebut!
Jzklh. / Al Quds, Al Aqsa - Tanggungjawab bersama...!
*Sumber daripada email: exhiuiam@yahoogroups.com, assayuti@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment