Tuesday, August 5, 2008

Salam Amal...

Latar belakang
Kepelbagaian aktiviti dan aduan yang perlu diuruskan oleh ADUN Hulu Kelang dan Ahli Parlimen Gombak melalui Pusat Khidmat Masyrakat yang ditubuhkan memerlukan sokongan ahli masyarakat untuk memastikan ia dapat berfungsi dengan baik.

Justeru, Briged Amal, sebuah organisasi yang bersifat kemasyarakatan dan sukarelawan ditubuhkan bagi membantu ADUN dan Ahli Parlimen bagi merealisasikan aspirasi dan agenda Mesra Berkebajikan.

Visi
Membentuk masyarakat yang prihatin, mesra dan berkebajikan.

Misi
Menyokong program kebajikan dan kemasyarakatan ADUN Hulu Kelang dan Ahli Parlimen Gombak.

Menjadi saluran rakyat menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan.

Keahlian
Terbuka kepada semua peringkat umur, agama, bangsa, kaum, fahaman politik dan gender. Keahlian adalah PERCUMA.

No comments: